Perjanjian RM100 juta: Jailani sedia ‘bersihkan’ di

Perjanjian RM100 juta: Jailani sedia ‘bersihkan’ di mahkamah

MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: “Saya bersedia membersihkan ini di mahkamah,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis sebagai respons kepada pendedahan dibuat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf Wajdi melalui perkongsian video di platform TikTok menunjukkan bukti bahawa Muhammad Jailani menandatangani perjanjian RM100 juta sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Ini selari dengan kenyataan dibuat Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh sebelum ini yang mengingatkan Muhammad Jailani agar bersedia sekiranya didenda RM100 juta oleh Barisan Nasional (BN) kerana bertindak melompat parti.

Muhammad Jailani berkata, beliau turut bersedia mendedahkan dan menentang setiap taktik buruk UMNO yang didakwa tidak selari dengan undang-undang.

“Saya bersedia mendedah dan menentang setiap taktik buruk UMNO yang tidak selari undang-undang dan tidak berperlembagaan demi untuk kebaikan ramai lagi ahli yang lain,” katanya.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas berkenaan ‘taktik buruk UMNO’ seperti didakwanya, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Melaka itu enggan memberikan penjelasan.

“Insya-Allah bila tiba waktunya tuan, puan akan dimaklumkan,” ujarnya ringkas.

Terdahulu, Asyraf Wajdi dilaporkan berkata, pendedahan itu sekali gus menafikan dakwaan Muhammad Jailani bahawa beliau tidak terikat sebarang perjanjian dengan UMNO apabila menyertai Pas.

“Ramai terkeliru dengan kenyataan Jailani. Hakikatnya untuk pengetahuan setiap calon mewakili BN, sama ada PRN atau pilihan raya umum (PRU) lalu semuanya menandatangani satu perjanjian dinamakan perjanjian perwakilan calon BN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN