MELAKA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan membincangkan kedudukan bekas Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang didakwa sudah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MKT akan membincangkan perkara itu minggu depan selepas mendapat aduan secara rasmi daripada UMNO Bahagian Tangga Batu, baru-baru ini. “Kita sudah terima aduan rasmi dengan bukti-bukti bahawa Mohamad Ali sudah menjadi ahli…










