Tun M dakwa undi PH, Tanah Melayu akan hilang

Tun M dakwa undi PH, Tanah Melayu akan hilang

DR. MAHATHIR Mohamad berucap dalam Ceramah Mega PN di Markas Pas Bakri, Muar, Johor. - UTUSAN/ADNAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu digesa keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi jika tidak mahu kehilangan Tanah Melayu yang telah diwarisi sejak ratusan tahun lalu.

Dr. Mahathir berkata, jika mengikut sejarah, Tanah Melayu sebenarnya luas iaitu bermula dari Segenting Kera di Thailand hingga ke Kepulauan Lingga, Indonesia.

Jelasnya, bagaimanapun, orang Melayu kehilangan sedikit demi sedikit tanah mereka sehingga tinggal yang ada sekarang ini.

Oleh yang demikian, Dr. Mahathir meminta orang Melayu keluar beramai-ramai mengundi jika tidak mahu mereka terus kehilangan tanah.

“Ini kerana jika parti itu (Pakatan Harapan) terus memperolehi kemenangan, mereka akan memberikan Tanah Melayu ini kepada orang lain.

“Saya tidak setuju Tanah Melayu diberikan kepada orang lain, oleh yang demikian jangan sokong Pakatan Harapan (PH) kerana mereka mahu berikan Tanah Melayu diberi kepada orang lain,” katanya dalam Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) di Markas Pas Bakri di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut menyatakan kesedihan apabila ramai orang Melayu tidak mahu keluar mengundi, seperti kaum Cina yang akan keluar beramai-ramai.

“Oleh yang demikian, jika tidak mahu kehilangan Tanah Melayu, orang Melayu perlu keluar dan memberikan sokongan kepada calon PN agar Tanah Melayu dapat dipertahankan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN