PH minta 4,000 undi UMNO, logik akal tak boleh - Idris Ahmad

PH minta 4,000 undi UMNO, logik akal tak boleh – Idris Ahmad

muktamar pas
IDRIS AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang pemimpin UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram mendedahkan, Pakatan Harapan (PH) berharap sekurang-kurangnya separuh undi diterima Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di kerusi berkenaan dipindahkan kepada mereka dalam pilihan raya kecil (PRK) kali ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, calon Parti Amanah Negara (Amanah), Ir. Nazri Abdul Rahman memerlukan perpindahan kira-kira 4,000 undi UMNO bagi memastikan DUN itu tidak terlepas kepada Perikatan Nasional (PN).

Jelasnya, bagaimanapun, pemimpin UMNO terlibat menyatakan, permintaan tersebut disifatkan tidak logik dan mustahil memandangkan parti itu sedang berhadapan dengan pemberontakan dalaman akar umbi.

“Saya tadi dalam beberapa lawatan berjumpa dengan pimpinan UMNO, dia juga menceritakan senario yang berlaku. Antara masalah dihadapi PH ini daripada 8,000 undi yang mengundi BN baru ini, sekurang-kurangnya mereka hendak 4,000 undi daripada pengundi UMNO untuk undi PH.

“Logik akalnya dia kata tak boleh, berlakunya pemberontakan di peringkat bawah tak boleh terima. Kami tak boleh terima dia kata UMNO hendak jadi khadam DAP. Walaupun yang bertanding ini calon Amanah, orang tahu calon Amanah ini siapa dia.

“Orang tahu Amanah ini parti apa, parti yang hidup mereka bergantung harap dengan DAP. Bukan ahli-ahli UMNO tidak tahu, sebab itu agak sukar,” katanya ketika berucap dalam Ceramah Kelompok PN di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sri Tanjong di sini, malam tadi.

Pada PRN Johor, BN memperoleh 6,062 undi melalui calonnya, Datuk Lokman Md. Don manakala PN yang mencalonkan Zarul Salleh mendapat 6,350 undi.

Simpang Jeram dimenangi Datuk Seri Salahuddin Ayub daripada PH dengan majoriti 2,399 undi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN