Dua penyandang antara 35 calon dikemuka Pemuda UMNO

Dua penyandang antara 35 calon dikemuka Pemuda UMNO

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Dua penyandang kerusi di Selangor iaitu Datuk Mohd. Imran Tamrin bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang dan Datuk Rizam Ismail (DUN Sungai Air Tawar) merupakan antara 35 calon muda dikemukakan Pemuda UMNO bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) di enam buah negeri.

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya turut menyenaraikan bekas ketua pemuda bahagian dan muka baharu yang disifatkan kesemuanya sebagai calon boleh menang.

Menurutnya, senarai telah dikemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti selepas mengadakan perbincangan dengan pengerusi badan perhubungan UMNO enam negeri terlibat.

“Kita sudah hantar senarai 35 calon muda kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk dinilai dan ditapis.

“Ini adalah senarai calon yang disifatkan boleh menang dan berwibawa, apa pun saya menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk memilih mereka bertanding dalam PRN bulan depan.

“Apa yang saya harapkan daripada senarai yang dikemukakan untuk sekurang-kurangnya 30 peratus dipilih oleh parti untuk bertanding,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Perangkap Hidupan Liar Bagi Program Basmi Musuh Tanaman di Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan di sini, hari ini.

MUHAMAD AKMAL Saleh (tiga dari kanan) menyempurnakan Majlis Penyerahan Perangkap Hidupan Liar Bagi Program Basmi Musuh Tanaman di Pusat Pendidikan Biodiversiti Tanjung Tuan, Alor Gajah, Melaka.

Tambah Muhamad Akmal, dengan komitmen Presiden UMNO yang mahu melihat muka baharu ditampilkan, pihaknya yakin agenda perubahan parti bakal ditonjolkan dalam PRN ini.

“Pemuda UMNO akur dengan sebarang keputusan bakal diputuskan tidak lama lagi berhubung senarai daripada Pemuda, kerana sayap lain seperti Puteri, Wanita dan bahagian turut menampilkan calon masing-masing.

“Bagi saya jika pucuk pimpinan memilih hanya 30 peratus calon Pemuda, itu sudah mencukupi kerana kita mahu pastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyumbang kemenangan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya