Nasihat Wan Azizah menyentuh hati perwakilan - Utusan Malaysia

Nasihat Wan Azizah menyentuh hati perwakilan

pru15
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pemimpin dalam sayap Wanita PKR menyifatkan ucapan Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail kepada anggota parti khususnya pemimpin muda supaya terus bersatu disifatkan seperti seorang ibu kepada anaknya.

Ucapan tersebut dilihat menyebabkan para perwakilan yang hadir berasa hiba dan nasihat daripada Ahli Parlimen Pandan itu dikatakan memberi kesan mendalam kepada anggota parti.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, pesanan Pengerusi Majlis Penasihat PKR tersebut penting bagi memastikan parti berada dalam keadaan mantap dan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ucapan Wan Azizah amat menyentuh hati bila menyentuh tentang pentingnya semua ahli PKR kembali bersatu selepas pemilihan parti.

“Sememangnya semasa pemilihan berlaku persaingan antara calon tetapi selepas semuanya berakhir beliau meminta semua ahli kembali kepada asas perjuangan parti. Kita perlu mengingati kesulitan dan kesusahan yang ditempuhi beliau selama ini dalam memperkukuhkan PKR, ” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia yang hadir Kongres Nasional PKR Ke-16 Wanita hari ini.

Terdahulu, Wan Azizah dalam ucapan perasmiannya mengingatkan ahli Wanita Keadilan supaya kembali bersatu padu selepas berakhirnya Pemilihan PKR Nasional baru-baru ini.

Sementara itu Exco Wanita Keadilan dari Masjid Tanah Melaka, Hasmorny Tamby berkata, ucapan Wan Azizah perlu difahami dan diterjemahkan oleh ahli PKR dalam melaksanakan kerja untuk parti.

“Pesanan Wan Azizah agar sebarang perbalahan dan sikap berpuak-puak semasa pemilihan dilupakan, ia umpama kami semua adalah satu keluarga dan nasihatnya seperti seorang ibu kepada anak sewajarnya diambil perhatian oleh semua ahli.

“Sebagai ahli parti saya juga berharap selepas pemilihan berakhir, tidak lagi wujud kartel dalam parti.Sehubungan dengan itu kami ahli PKR akan 100 peratus bekerja kuat untuk memastikan kemenangan parti pada PRU-15 akan datang dan kami kembali menjadi kerajaan,”katanya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya