Hairan Bersatu masih tuntut jawatan TPM - Utusan Malaysia

Hairan Bersatu masih tuntut jawatan TPM

AHMAD Maslan (kanan) menemani Hasni Mohammad pada Majlis Penyampaian Daging Korban di Benut, Pontian, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN:  UMNO hairan dengan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  yang masih menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan  mendakwa, tidak pernah wujud sebarang perjanjian antara Perikatan Nasional (PN) dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri mengenai  jawatan berkenaan.

“Berkenaan jawatan TPM itu, kami dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak pernah ketahui wujudnya perbincangan mengenai cadangan lantikan jawatan itu daripada Bersatu.

“Malah, ahli MKT tidak pernah dimaklumkan tentang hal itu. Memandangkan perkara ini tidak pernah dimaklumkan, maka, MKT berpendapat hal ini tidak wujud,” katanya pada Majlis Penyerahan Daging Korban UMNO Bahagian Pontian di Benut, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan  UMNO Johor.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian itu, Bersatu sudah mempunyai dua lantikan menteri kanan iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Dr. Radzi Jidin.

“Tidak sepatutnya mereka mahukan jawatan TPM. Selain dua menteri kanan daripada Bersatu, terdapat dua lagi menteri kanan iaitu satu daripada UMNO (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Oleh kerana Muhyiddin (Bersatu) sudah ada dua menteri kanan, saya kira tidak wajar dia tuntut sorang lagi TPM,” katanya. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya