UMNO tanding solo beri peluang PH kembali berkuasa di Perak - Utusan Malaysia

UMNO tanding solo beri peluang PH kembali berkuasa di Perak

RAZMAN Zakaria ditemui pemberita di Batu Kurau, di Larut hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT: Tindakan UMNO yang mahu bertanding secara secara solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menyebabkan pertembungan tiga penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) akan membuka peluang kepada PH kembali menguasai negeri ini.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, sekiranya UMNO tetap mahu bertanding solo, tidak mustahil PH akan menang pada PRU15.

“Matlamat Pas jelas, kita secara bersungguh-sungguh mahukan penyatuan parti-parti besar Melayu seperti UMNO, Pas dan Bersatu bergabung pada PRU-15 .

“Gabungan besar ini berupaya mengekang kemaraan DAP-PH daripada memenangi kerusi-kerusi di Perak dan daripada menjadi kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu peraih durian di Kampung Sempeneh di sini bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Batu Kurau hari ini.

Razman berkata, Pas menolak menyertai  ‘khemah besar’ kerana di dalamnya terdapat DAP dan PKR.

Menurutnya, berdasarkan dua Pilihan Raya Negeri (PRN) iaitu Melaka dan Johor dan Pilihan Raya Negeri Sabah dan Sarawak, pengaruh besar PH hampir terkubur.

“Maka mereka telah mencari satu jalan dengan mempromosikan kepada parti -parti lain untuk menyertai ‘khemah besar ‘ bagi menghidupkan nyawa mereka kembali,” katanya.

Razman mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang berkata,  Pas tidak pernah berputus asa untuk mempertahan dan menyelamatkan Muafakat Nasional (MN) yang kini seolah-olah ‘retak menanti belah’.

Bagaimanapun, sekiranya UMNO masih berkeras untuk bergerak solo pada PRU15, parti itu dan PN tidak ada pilihan selain terpaksa bertembung sesama sendiri. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya