PM tidak hadir CHOGM petanda pilihan raya semakin hampir?

PM tidak hadir CHOGM di Rwanda

pilihan raya
ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak hadir pada Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Rwanda yang bermula hari ini.

Sebaliknya, delegasi Malaysia hanya diketuai Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada persidangan tersebut yang diadakan di Kigali, Rwanda mulai hari ini sehingga Sabtu.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, CHOGM kebiasaannya diadakan setiap dua tahun sekali, namun, mesyuarat ke-26 yang sepatutnya pada 2020 lalu ditunda kerana isu Covid-19.

“Tema kali ini adalah ‘Delivering A Common Future: Connecting Innovating, Transforming’ yang relevan dengan situasi semasa komuniti global kini berdepan pasca pandemik,” jelasnya.

Ketiadaan Perdana Menteri pada mesyuarat kali ini seperti mengulangi suasana CHOGM di London, Britain pada 2018 lalu apabila ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak hadir.

Wisma Putra bagaimanapun tidak memberi penjelasan berhubung isu ketidakhadiran CHOGM kali ini yang dianggap platform penting Malaysia di pentas Komanwel.

Sebaliknya, ia memaklumkan bahawa kesemua pemimpin dari 54 negara itu membincangkan kesan Covid-19 mengakibatkan jurang ketara pengagihan kekayaan dan akses kesihatan.

“Ketua-ketua kerajaan turut akan bertukar pendapat mengenai cabaran semasa yang boleh menjejaskan Keluarga Komanwel ke arah pembangunan lebih mapan,” kata Wisma Putra. –UTUSAN 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN