Adik Anwar meninggal dunia - Utusan Malaysia

Adik Anwar meninggal dunia

Allahyarham Rusli Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Adik kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan meninggal dunia.

Menerusi ciapan di laman Twitter, Allahyarham Rusli Ibrahim, 74 disahkan meninggal dunia sekitar jam 2.30 petang tadi.

Walaupun begitu, punca kematian tidak dimaklumkan kepada pihak umum.

Terdahulu, Rusli yang merupakan anak kelima daripada sembilan adik beradik sering menjadi jurucakap bagi pihak Anwar sepanjang beliau berada dalam penjara.

Hubungan dua beradik itu juga dikatakan mesra berikutan perbezaan umur yang tiada banyak beza. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN