Tun M obses,10 kali tulis nama Najib dalam surat - Utusan Malaysia

Tun M obses,10 kali tulis nama Najib dalam surat

Najib Tun Razak
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbalahan antara dua bekas Perdana Menteri berterusan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Tun Dr. Mahathir Mohamad seolah-olah obses dengan beliau.

Najib mengakui keliru dengan sikap Mahathir yang dikatakan tidak sanggup lagi untuk menyebut nama beliau, namun, namanya ditulis 10 kali dalam surat terbarunya.

“Tak faham dengan dia ini. Selepas surat pertamanya yang petik nama saya, dia kata dia tak sanggup ratib nama saya lagi tapi keseluruhan surat kedua dia adalah berkenaan saya.

“Nama ‘Najib’ ditulis 10 kali dalam satu setengah muka suratnya,” katanya dalam akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun, Najib yang mengakui masih terhutang budi pada Mahathir yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, menganggap Mahathir mempunyai muslihat tertentu.

“Mungkin dia pernah tekan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk sokong saya tapi masalahnya ialah selepas saya jadi Perdana Menteri, Tun asyik tekan saya untuk sokong projek-projek kroni kamu juga.

“Bila saya tolak, Tun meroyan pulak dan mula mencorak langkah untuk berkomplot dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk jatuhkan saya pada tahun 2014 sebelum 1MDB menjadi isu. Anak Tun sendiri yang mengaku ini di mahkamah dan kantoikan kamu serta Muhyiddin,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya