Senarai calon PN untuk PRN Johor diumum Khamis - Utusan Malaysia

Senarai calon PN untuk PRN Johor diumum Khamis

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Senarai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor daripada Perikatan Nasional (PN) akan diumumkan Khamis ini.

 Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada masa ini, senarai nama tersebut dalam proses saringan. 

“Sudah selesai antara parti-parti dalam PN (pembahagian kerusi), malah, nama calon sudah dikemukakan. 

“Kita dalam peringkat akhir vetting (saringan) dan akan umumkan pada Khamis ini. Itu akan dibuat secara rasmi di Johor,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang turut ditayangkan secara maya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan terkini berkenaan pembahagian kerusi antara komponen dalam PN iaitu melibatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan. 

Sebelum ini, beliau dilaporkan berkata, pihaknya telah memuktamadkan agihan kerusi antara parti-parti komponen gabungan itu yang akan bertanding pada PRN Johor.

Muhyiddin dipetik berkata, ia diselesaikan tanpa melibatkan sebarang pergaduhan atau perselisihan faham antara parti terlibat dengan rundingan agihan melibatkan kesemua 56 kerusi. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya