Khaled asingkan kluster mahkamah daripada PRN Johor? - Utusan Malaysia

Khaled asingkan kluster mahkamah daripada PRN Johor?

MOHD. RAFIQ NAIZAMOHIDEEN (kiri) dan MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mempersoalkan tindakan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang didakwa cuba mengasingkan kluster mahkamah daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Presiden Bersatu, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, ia susulan kenyataan Mohamed Khaled yang menjelaskan, kononnya golongan kluster mahkamah yang disebut Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiada kaitan langsung dan tidak wajar dikaitkan dengan PRN Johor serta masa depan rakyat Johor.

Beliau berkata, bekas Menteri Besar Johor itu begitu terdesak menggelar Muhyiddin sebagai ‘ketandusan kecerdasan’. 

“Kononnya golongan kluster mahkamah yang disebut Muhyiddin tiada kaitan langsung dan tidak wajar dikaitkan dengan PRN Johor dan masa depan rakyat Johor.

“Mengapakah Mohamed Khaled cuba mengasingkan kluster mahkamah termasuk Presiden UMNO, Pengerusi BN dengan UMNO, BN yang akan menyertai PRN Johor? 

“Bukankah yang akan menandatangani surat watikah dan berkuasa mutlak memuktamadkan calon-calon BN di PRN Johor adalah Pengerusi BN yang merupakan kluster mahkamah?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohamed Khaled dilaporkan berkata, Bersatu dan Muhyiddin dilihat sebagai individu yang ketandusan kecerdasan apabila terus menjadikan istilah kluster mahkamah ciptaannya sendiri untuk menyerang pemimpin UMNO.

Ini kerana katanya, sedangkan tiada seorang pun yang digelar kluster mahkamah itu akan bertanding pada PRN Johor atau mempunyai kaitan dengan pentadbiran negeri itu.

Dalam pada itu, Mohd. Rafiq turut mempersoalkan, adakah kemenangan BN di Johor juga akan memberi momentum dan menjadi kemegahan kepada Pengerusi BN, yang juga kluster mahkamah bahawa beliau masih relevanuntuk memimpin BN menentukan hala tuju politik negara pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Slogan kestabilan yang dicanang tidak bermakna apabila kestabilan politik yang diuar-uarkan kononnya semata-mata demi rakyat disalahgunakan demi kepentingan politik peribadi dan parti BN, UMNO. 

“Kasihan rakyat Malaysia dan bangsa Johor yang tidak henti-henti diheret ke percaturan politik kluster mahkamah dan pihak-pihak yang bersekongkol dengan kluster mahkamah seperti Mohamed Khaled, yang rakus mencatur arena politik negara,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN