Jawi tawar khidmat nasihat kekeluargaan, isu sosial percuma - Utusan Malaysia

Jawi tawar khidmat nasihat kekeluargaan, isu sosial percuma

MOHD. Ajib Ismail (dua dari kiri) menyerahkan surat pelantikan kepada salah seorang Fasilitator PKKSK, di Kuala Lumpur. - JAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menawarkan khidmat nasihat kekeluargaan dan isu sosial di lima buah pusat khidmat di Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Jawi menerusi kenyataan berkata, pusat khidmat itu membabitkan Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) dan Anjung Khidmat Keluarga Jawi (Akuaja). 

Menurutnya, ia membabitkan PKKSK di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral dan UTC Mini Keramat dan Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju di Kuala Lumpur.

“Di Putrajaya pula, dua lokasi dibuka masing-masing di Surau Al-Iman, Presint 9 dan Surau Al-Furqan, Presint 11.

“Pusat khidmat nasihat itu dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat) dan 9 pagi hingga 5 petang (Sabtu dan Ahad),” katanya. 

Katanya, pusat ini menawarkan khidmat nasihat kekeluargaan secara percuma dan ia akan dikendalikan oleh 40 orang fasilitator berpengalaman. 

Jawi berkata, operasi pusat ini berpandukan Garis Panduan Pengurusan PKKSK dan Modul PKKSK terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN