Hina bapa Zahid beri BN kelebihan

Hina bapa Zahid beri BN kelebihan

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan biadap seorang pemimpin politik yang menghina bapa Presiden UMNO), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bakal memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).

Malah, jawapan balas Ahmad Zahid yang terkilan apabila salasilah keluarganya di­­­­­keji tokoh tersebut mula menyebabkan pengundi Johor menjauhi blok siasah tersebut.

Lebih menarik, isu itu dijangka mempengaruhi sentimen masyarakat di negeri ini yang majoriti berasal daripada etnik Jawa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Genealogi Malaysia, Megat Iskandar Megat Zaharuddin, susur galur Pengerusi BN itu bukan calang-calang dan memiliki pengaruh besar.

“Kami setakat ini, belum buat kajian terperinci mengenai keturunan beliau, namun, ada dimaklumkan berhubung pertalian beliau dengan Raja Ponorogo,” katanya.

Kelmarin, tular pemimpin itu dilaporkan menjadikan isu keturunan Ahmad Zahid sebagai modal bahan jenaka ketika berucap pada ceramah politik blok siasah tersebut di Johor.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menerusi nukilan dalam akaun sosial rasminya meluahkan kepiluan apabila nama bapanya, Raden Hamidi Raden Abdul Fateh dipermainkan.

Sebagai anak, ujar beliau, pastinya sedih apabila nama salasilahnya dihina sebegitu rupa oleh bekas menteri kanan kerajaan itu secara terbuka di khala­yak tanpa rasa bersalah.

Ucapan tokoh tersebut turut dikecam pelbagai pihak sebagai amat jelik dan tidak menggambarkan keperibadian dirinya sebagai anak ulama terkenal di Muar.

RADEN

Megat Iskandar berkata, ke­turunan Raden di negara ini ba­nyak merujuk penghijrahan kumpulan raja Jawa ke Semenanjung ketika akhir abad ke-16.

“Bukti pertalian ini boleh dilihat pada nama-nama Sultan Perak peringkat awal ada perkataan Raden, waima kitab sejarah Perak kuno dinamakan istilah Jawa iaitu Misa Melayu,” jelasnya.

Beliau memberi contoh antaranya, Raja Muda Raden ketika zaman Sultan Ahmaddin Shah dan Raja Bendahara Raden iaitu Raja Bendahara Perak ketika era penjajahan Siam di negeri itu.

Namun, semasa kejatuhan Pengiran Diponegoro era kolonial Belanda kurun ke-19 lalu, berlaku lagi penghijrahan komuniti Jawa yang diketuai anak-anak raja ke seantero alam Nusantara.

Ujarnya, perpindahan 17 putera dan lima puteri waris Bendara Raden Mas Mustahar itu turut meliputi ke Selangor, Johor dan Perak sekali gus membangkitkan semangat antipenjajah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×