Ahli UMNO harus ‘sambut’ bekas ahli Bersatu - Utusan Malaysia

Ahli UMNO harus ‘sambut’ bekas ahli Bersatu

ANNUAR Musa berucap ketika menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin Masyarakat di Hotel Thistle, Johor Bahru. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan beberapa pemimpin kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang mengumumkan kembali menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN) disifatkan satu bentuk gelombang dan proses pemulihan yang baik.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau tahu ramai lagi bersedia berbuat demikian seperti pepatah ‘belut pulang ke lumpur, sirih pulang ke gagang’.

Justeru, beliau menyeru ahli dan penyokong setia parti harus membuka pintu, menyambut kepulangan itu dan diharap turut merintis kepulangan sokongan rakyat keseluruhannya terhadap parti keramat warisan bangsa ini.

“Dalam sejarah politik negara, parti serpihan biasanya berjuang di bawah dokongan personaliti, bukan organisasi atau idealogi.

“Lazimnya, hayatnya juga tidak lama. Namun UMNO adalah sebuah parti berakar umbi, punya organisasi dan tidak terlalu bergantung kepada personaliti. Kepemimpinan sering patah tumbuh hilang berganti,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia turut mendoakan lebih ramai kawan-kawan yang dahulunya meninggalkan parti ini, kembali semula ke pangkuan UMNO.

“Kita bersama mendokong perjuangan ini. UMNO harus terus terbuka kerana UMNO harus memimpin,” katanya.

Setakat ini dua pemimpin Bersatu yang keluar parti ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Datuk Mohd. Izhar Ahmad dan ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Terbaharu, bekas ketua cawangan Bersatu Cawangan Molek Harmoni, Mohd. Zahid Ismail bersama ahli jawatankuasa serta kira-kira 50 yang lain bertindak keluar parti serta-merta dan menyertai UMNO. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya