Setiap dugaan pasti ada hikmah - Ahmad Zahid  - Utusan Malaysia

Setiap dugaan pasti ada hikmah – Ahmad Zahid 

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertekad membersihkan namanya daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya. 

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu antara lain akan terus istiqamah dan konsisten dalam perjuangan untuk mendapatkan keadilan. 

“Biarpun jalannya penuh berliku, tetapi yakini setiap dugaan dan cabaran pasti ada hikmah di sebaliknya.

“Ramai memahami apakah sebenarnya pendakwaan itu, tetapi jangan sesekali kita putus harapan.

“Pemimpin UMNO akan terus melawan pendakwaan yang dikenakan terhadap kami sejak era kerajaan 22 bulan. Tidak sesekali pernah tunduk, layu dan lemah,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Hantaran itu mendapat 348 tanda suka, 55 komen dan 81 perkongsian di media sosial. 

Pagi tadi, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ahmad Zahid membela diri terhadap 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana berjuta-juta ringgit milik yayasan berkenaan.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah memutuskan demikian selepas berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya