MSDN mampu perkasa sistem statistik negara - PM - Utusan Malaysia

MSDN mampu perkasa sistem statistik negara – PM

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  mengumumkan Jabatan Perangkaan (DOSM) diperkasa sebagai agensi pusat dengan pengukuhan organisasi serta modenisasi perkhidmatan statistik. 

Beliau berkata, Ketua Pegawai Data (CDO) akan dilantik melalui penugasan semula tugas pegawai sedia ada di setiap kementerian/jabatan/agensi Persekutuan dan negeri mulai tahun ini secara berperingkat serta pelaksanaan rancangan tindakan Pengukuhan Sistem Statistik Negara. 

Katanya, tiga ketetapan ini dibuat melalui Majlis Statistik dan Data Negara (MSDN) yang telah mengadakan mesyuarat pertama di Putrajaya hari ini, yang mana majlis ini bertindak sebagai badan penasihat tertinggi dalam memberi panduan dan hala tuju bagi mengukuhkan tadbir urus sistem statistik negara. 

“Data merupakan aset negara yang perlu diurus dengan baik agar dapat memberi pulangan yang besar kepada negara dalam bentuk maklumat yang boleh memberi garis pandu ke arah pencapaian matlamat dasar dan wawasan negara.

“Barisan kepemimpinan MSDN dianggotai menteri-menteri Kabinet berkaitan, ahli akademik, wakil sektor awam, sektor swasta dan industri serta DOSM yang bertindak sebagai Sekretariat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebuah Jawatankuasa Eksekutif yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ditubuhkan untuk memacu kolaborasi antara kementerian dan agensi serta pihak swasta dalam merealisasikan agenda yang berpandukan halatuju MSDN. 

Katanya, empat kluster telah dikenal pasti sebagai komponen penggerak di bawah Jawatankuasa Eksekutif adalah seperti Kluster Ekonomi, Pertanian dan Perindustrian yang dipengerusikan KSU Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). 

“Kluster Pendidikan, Sosial dan Kependudukan dipengerusikan KSU Kementerian Pendidikan (KPM) serta Kluster Kesejahteraan, Keselamatan dan Kesihatan dipengerusikan  KSU Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Kluster Infrastruktur, Teknologi dan Alam Sekitar dipengerusikan KSU Kementerian Kerja Raya (KKR).

“Jawatankuasa Eksekutif ini berperanan mengenal pasti dan menentukan keutamaan bagi memenuhi keperluan pengukuhan sistem statistik negara. Malah ia juga akan menyelaras keperluan teknikal, pungutan serta penyebaran statistik agar perkongsian data sedia ada (data pentadbiran) daripada kementerian, agensi awam dan swasta dapat digunakan dengan cekap ke arah penghasilan output statistik rasmi berimpak tinggi dalam merealisasikan agenda yang berpandukan halatuju MSDN,” katanya. 

Beliau berkata, bagi menyokong MSDN di peringkat Persekutuan, Majlis Statistik dan Data Negeri atau Wilayah (MSDNgW) akan ditubuhkan di setiap negeri dan Wilayah Persekutuan bagi, memantapkan tadbir urus sistem statistik negeri dan daerah sehingga peringkat terkecil seperti kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN). 

“Pihak MSDN turut mengambil maklum bahawa DOSM sebagai sebuah organisasi statistik yang diiktiraf di peringkat antarabangsa berpegang kepada prinsip asas statistik rasmi atau Fundamental Principle Official Statistics (FPOS) yang disediakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). 

“Ini bagi memastikan statistik rasmi adalah berwibawa dan berintegriti. Adalah dihasratkan dengan penubuhan MSDN ini mampu memberikan impak positif antaranya menjamin ketersediaan data yang lebih holistik dalam merangka dasar jangka pendek dan jangka panjang negara demi kesejahteraan Keluarga Malaysia, ” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya