Ahmad Fadhli dilantik Ketua Pemuda PN - Utusan Malaysia

Ahmad Fadhli dilantik Ketua Pemuda PN

AHMAD FADHLI SHAARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Majlis Tertinggi (MT) Parti Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara melantik Ketua Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari sebagai Ketua Pemuda PN yang baharu.

Setiausaha Agung PN, Datuk Hamzah Zainudin berkata, mesyuarat MT turut bersetuju melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub sebagai Pengerusi PN Melaka yang baharu.

“Kedua-dua pelantikan tersebut berkuat kuasa serta merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Hamzah memaklumkan, mesyuarat MT PN berlangsung pada hari ini telah berbincang secara mendalam mengenai situasi politik semasa khususnya berhubung kesiapsiagaan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Katanya, mesyuarat itu telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada semua parti anggota PN iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Pas, Parti Gerakan, Star dan SAPP. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya