Saravanan beri bayangan PM benarkan perarakan Thaipusam - Utusan Malaysia

Saravanan beri bayangan PM benarkan perarakan Thaipusam

M. SARAVANAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan menyifatkan perarakan Hari Thaipusam termasuk bagi perarakan kavadi dan pedati boleh diadakan selepas memberi bayangan sambutan itu dijangka mendapat kebenaran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Belau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, ini berikutan pada pertemuannya bersama Perdana Menteri Jumaat lalu, Ismail Sabri pada dasarnya positif berhubung perarakan tersebut.

Katanya, satu mesyuarat akan diadakan pada Selasa depan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan sambutan perayaan itu.

“Semalam, Halimah ( Menteri Perpaduan, Datuk Seri  Halimah Mohd. Sadique) telah mengadakan perjumpaan dengan wakil pemimpin agama Hindu dan kuil selepas Mesyuarat Jemaah Menteri. 

“Pelbagai perkara telah dibincangkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda, Wanita, Putera dan Puteri MIC di Wisma MCA, hari ini. 

Pada 7 Disember lalu, Halimah dalam sidang Dewan Rakyat memberitahu, semua perarakan perayaan termasuk perarakan kavadi bagi Thaipusam dan Chingay sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan berikutan negara sedang berdepan jangkitan varian baharu Covid-19, Omicron ketika ini.

Namun, selepas menerima kritikan pelbagai pihak, Kementerian Perpaduan telah membuat kenyataan bahawa SOP Covid-19 untuk sambutan Thaipusam belum dimuktamadkan. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.