KUALA LUMPUR: Mas Ermieyati Samsudin mendakwa pengumumannya sebagai calon Ketua Menteri Melaka Perikatan Nasional (PN) jika memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka sebagai menghargai peranan wanita untuk mentadbir kerajaan negeri. Malah, pengumuman itu tidak lewat sebaliknya merupakan strategi PN untuk memenangi pilihan raya. Calon Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara itu berkata, strategi sebegitu sudah semestinya adalah bagi memenangkan parti. “Ini adalah sebahagian daripada strategi dan saya percaya ada sebab pengumuman ini…










