Manifesto PN dilancar tidak lama lagi - Utusan Malaysia

Manifesto PN dilancar tidak lama lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Manifesto Perikatan Nasional (PN) yang bakal dilancarkan tidak lagi dijangka merangkumi pelan pemulihan banjir negeri ini dengan secara komprehensif.

Pengerusi PN Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen berkata, manifesto berteraskan Melaka Prihatin itu akan menawarkan pelan pemulihan masalah itu secara menyeluruh.

“Dalam manifesto ini, akan menawarkan pelan pemulihan komprehensif berkaitan masalah banjir di Melaka yang merupakan masalah agak lama berkurun lama selain pengurusan air di mana Melaka menghadapi masalah sebelum ini kita terpaksa mencatu air.

“Jadi, masalah air, banjir antara tumpuan selain dari isu-isu lain termasuk untuk masyarakat India, kita beri komitmen bahawa permintaan masyarakat India itu adalah dengan mendapatkan tanah untuk dijadikan rumah abu mayat ini.

“Hal ini sudah agak lama tidak dapat diselesaikan, jadi ini antara permintaan yang tidak dapat dilaksanakan,” katanya ditemui di Bilik Gerakan PN di Alai, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Rafiq yang merupakan calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas turut memaklumkan pihaknya akan turut memberi tumpuan terhadap aspek ekonomi.

Katanya, hal ini penting selepas pandemik Covid-19, ekonomi rakyat khususnya di negeri ini cukup terjejas.

“Jadi, sekiranya PN berjaya membentuk kerajaan Melaka, kita akan mendapatkan khidmat atau bekerjasama rapat dengan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Bukan sahaja daripada segi ekonomi tetapi kesihatan, pelancongan dan juga pendidikan,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN