MELAKA: Pergolakan dalaman UMNO yang menjadi punca utama ketidakstabilan politik di Melaka ketika ini hingga membawa kepada tumbangnya kerajaan negeri dan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN). Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Melaka, Muhamad Danish Zainudin berkata, kemelut dalaman UMNO itu membawa kepada kejatuhan Kerajaan Negeri Melaka yang dipimpin oleh parti berkenaan. Menurut beliau, lebih malang lagi rakyat turut menjadi mangsa dan diheret sama dalam polemik tersebut, apabila pembubaran Dewan Undangan…










