'Recall election' lebih adil 'hukum' si lompat katak - Utusan Malaysia

‘Recall election’ lebih adil ‘hukum’ si lompat katak

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: ‘Recall election’ lebih adil.

Demikian tegas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hantaran terbaharu beliau di laman Facebook.

Hantaran tersebut merujuk kepada Akta Anti Lompat Parti yang mahu dilaksanakan segera dan pernah dicadangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Najib, ‘recall election’ merujuk kepada pemilihan semula seperti diamalkan oleh beberapa negara Komanwel lain.

Ini jelasnya, berlaku apabila ahli parti yang mahu tukar parti atau dipecat parti mereka akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen.

“Selepas itu pilihan raya kecil akan dilaksanakan bagi kawasan Parlimen tersebut.

“Cara ini lebih adil pada parti asal dan bagi pengundi,” katanya.

Najib menambah, walaupun ‘parti yang paling banyak menerima lompatan katak politik mahu akta berkenaan dilaksanakan segera’, mengharamkan ahli Parlimen dari lompat ke parti lain setelah menang dalam pilihan raya umum bukan cara penyelesaiannya.

“Ia lebih parah sekiranya ada ahli Parlimen yang sudah lebih gemar dengan parti lain tetapi terpaksa berada dalam parti sendiri sebab mereka tidak dibenarkan untuk melompat bawah undang-undang.

“Lagi banyak masalah yang akan dicetuskan pada parti asal mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.