Pelantikan TPM pemerkasaan, pengiktirafan kepada UMNO - Utusan Malaysia

Pelantikan TPM pemerkasaan, pengiktirafan kepada UMNO

TAJUDDIN ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri disifatkan sebagai pemerkasaan dan pengiktirafan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada UMNO untuk berkhidmat demi rakyat.

Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, parti berkenaan kini dilihat mempunyai kelebihan bukan sahaja kedudukan, tetapi, berperanan penting dan signifikan terutama dalam membantu rakyat yang semakin terkesan akibat penularan Covid-19.

Sehubungan itu katanya, Ismail Sabri sebagai individu yang diberikan amanah perlu bijak dan meletakkan komited yang penuh untuk melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan juga parti.

” Pemerkasaan maksudnya UMNO diberikan kelebihan bukan sahaja daripada kedudukan jawatan dan pangkat tetapi kuasa besar dalam kerajaan PN untuk melakukan yang terbaik.Orang kata ‘sky is the limit’ (tanpa batasan ).

” Ia memberi peluang kepada UMNO untuk melakukan yang terbaik dan memberikan perkhidmatan lebih hebat kepada rakyat yang pada waktu ini menghadapi keperitan hidup disebabkan wabak Covid-19 dan juga masalah ekonomi ekoran wabak ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Dalam pada itu, Tajuddin berkata, pelantikan ini turut membuktikan UMNO mempunyai pemimpin yang berjaya dan diterima rakyat terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

“Pengalaman serta pengetahuan yang luas mengenai pentadbiran kerajaan membolehkan beliau membantu Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengepalai satu tim kabinet dan manfaatkan segala sumber segala tenaga di semua kementerian tanpa mengira kira sama ada kementerian itu di bawah menteri UMNO atau sebaliknya.

“ Kalau sekiranya dapat digembleng tenaga ini dan juga sumber kewangan, saya percaya pelbagai perkara boleh dilakukan untuk membantu dan memulihkan kehidupan rakyat.

“Jika ini yang dapat dilakukan saya percaya UMNO akan muncul semula sebagai parti politik terbesar dan akan dapat menerajui kerajaan Malaysia selepas PRU 15 nanti. Inilah harapan saya,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN