Sidang Parlimen kena buka bahas masalah rakyat - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Sidang Parlimen kena buka bahas masalah rakyat – Wan Azizah

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa membuka persidangan Parlimen supaya masalah berkaitan  Covid-19 dan jenayah terhadap Palestinboleh dibahaskan secara baik.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, Dewan Rakyat yang bersidang kali terakhir pada 15 Disember tahun lalu harus bersidang semula  untuk mencari jalan penyelesaian kepada isu-isu meruncing kini.

Menurut beliau,  alasan darurat untuk tidak membenarkan persidangan Parlimen harus dinilai semula.

“Tiada sidang Parlimen menyebabkan masalah ekonomi, kesihatan mental, keganasan rumah tangga, anak serta isteri maut di tangan pengasuh dan suami tidak dapat dibahaskan

“Isu pendidikan juga terus jadi tumpuan tanpa ada penyelesaian. Sekolah ditutup, bagaimana kita hendak menyambung…Adakah kita akan ada generasi kurang berpendidikan? Ini yang kita takut untuk ditangani bersama,” kata beliau ketika merasmikan Kongres Wanita KEADILAN ke-15 secara maya hari ini.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, penutupan Parlimen juga tidak membolehkan negara menyatakan pendirian secara tegas isu manusia sejagat seperti pemusnahan etnik dan dasar aparteid yang dilakukan rejim zionis Israel terhadap penduduk Palestin.

Kongres yang berlangsung  tiga hari mulai hari ini berlangsung secara maya sepenuhnya susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Kongres itu dimulai dengan persidangan Wanita ucapan   Wan Azizah dan diikuti ucapan dasar Ketua Wanita, Fuziah Salleh.

Ia kemudian disusuli persidangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Sabtu dan ucapan dasar oleh Ketua AMK Akmal Nasrullah Mohd Nasir.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN