UMNO tidak boleh berdiam diri - Utusan Malaysia

UMNO tidak boleh berdiam diri

MAJLIS Tertinggi UMNO dijangka mengadakan mesyuarat pada 7 Julai ini susulan keputusan kerajaan untuk mengadakan sidang Parlimen seawal September akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ke­pimpinan UMNO tidak boleh berdiam diri daripada perlakuan ‘jahat’ yang menyebarkan buku dalil Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kena letak jawatan selaku Presiden pasti.

Menurut veteran UMNO Selangor, Datuk Ahmad Bahari, beliau tidak melihat perkara itu menjejaskan parti, tetapi kepimpinan tertinggi harus mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak terbabit.

“UMNO perlu ambil tindakan, siasat ‘dalil-dalil’ mereka dan paling kuat tindakan yang boleh dikenakan adalah pecat atau gantung keahlian mereka.

“Mereka perlu tahu UMNO ini ada perlembagaan dan ahli UMNO perlu bersetuju dengan perlembagaan yang termaktub di dalamnya. Kalau tak setuju, suarakan sewaktu pemilihan nanti. Bukan buat dengan cara kotor sebegini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan beberapa dalang menyebarkan buku 30 Dalil Mengapa Zahid Perlu Letak Jawatan Sebagai Pre­siden UMNO.

Difahamkan, buku ter­sebut dihantar ke setiap rumah akar umbi UMNO setelah kandu­ngannya me­nerusi PDF tidak dipedulikan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Bahari berkata, dalang-dalang itu seharus­nya menggunakan saluran yang betul jika benar ingin ‘menjatuhkan’ Pre­siden.

“Mudah, ada dua cara kalau nak jatuhkan Presiden. Yang pertama, mereka perlu kumpulkan dua per tiga perwakilan yang hadir dalam perhimpunan dan adakan usul tergempar.

“Atau dua per tiga ahli Majlis Tertinggi UMNO perlu memberi usul tidak percaya kepada Presiden, mampukah,” soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×