Gerakan jadikan PN tak ubah seperti PH - Utusan Malaysia

Gerakan jadikan PN tak ubah seperti PH

Tarik diri PRN, Gerakan gantung Jawatankuasa Perhubungan Johor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Penyertaan Gerakan dalam Perikatan Nasional (PN) menjadikan PN ketika ini berkembang menjadi pakatan politik yang tidak ubah seperti Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi MCA Bahagian Bagan, Dr. Tan Chuan Hong berkata, perkara itu menyebabkan situasi politik dalam negara ketika ini semakin rumit dan bercelaru.

Ini kerana jelas beliau, rakyat kini dihadapkan situasi politik pemisahan dengan sekurang-kurangnya tiga blok parti utama iaitu Barisan Nasional (BN), PN dan PH.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam dua tahun kebelakangan ini, politik negara ber­ada dalam keadaan tidak menentu disebabkan parti-parti politik ini yang saling berpisah dan mendesak.

“Sehubungan itu adalah penting untuk rakyat benar-benar membuat pilihan kepada sebuah parti politik yang stabil pada pilihan raya umum akan datang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Chuan Hong, ketidaktentuan politik negara turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi yang dapat dilihat menerusi unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang menyusut 5.6 peratus pada tahun lalu.

Jelasnya, penyusutan itu merupakan yang terburuk selepas krisis kewangan Asia pada 1998 selain lebih buruk daripada apa yang dianggarkan Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan.

“Bagi menangani kesan daripada kemelesetan ekonomi ini, masyarakat perlu menyesuaikan diri dengan perubahan zaman dan pandemik Covid-19 termasuk menggunakan platform digital dan teknologi tinggi dalam industri selari dengan kebiasaan baharu pasaran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini