KOTA KINABALU: Persefahaman dicapai antara Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk meleraikan pertembungan di empat kerusi bukan diatur atau diputuskan Kuala Lumpur. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden STAR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan menegaskan, kedua-dua parti tempatan Sabah itu bukan ‘pak turut’ sebaliknya kehadiran Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin ketika sidang akhbar kelmarin hanyalah sebagai saksi dan orang tengah. Beliau berkata, keputusan…