Muktamar Pas Ke-66 medan kukuhkan perpaduan ummah - Utusan Malaysia

Muktamar Pas Ke-66 medan kukuhkan perpaduan ummah

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Muktamar Pas Ke-66 yang kemuncaknya pada Ahad ini bakal menjadi medan terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan ummah yang dibentuk dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Abdul Hadi berkata, rekod Pas membuktikan parti itu bukan sahaja berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat, malah menyatukan ummah menerusi parti-parti Melayu-Islam di Malaysia di bawah gagasan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

Katanya, isu perpaduan turut diangkat sebagai tema dalam Ucapan Dasar Presiden yang akan disampaikannya di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Kota Bharu, Kelantan.

“Temanya ialah Menyambung Rantaian Perpaduan Ummah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Abdul Hadi berkata, muktamar pada kali ini juga boleh disifatkan sebagai medan untuk Pas mengatur gerak kerja bagi menghadapi pilihan raya mengejut pada bila-bila masa.

Muktamar Pas Ke-66 diadakan secara dalam talian susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Abdul Hadi dijadual menyampaikan Ucapan Dasar dan merasmikan muktamar pada pukul 10 pagi, Ahad ini.

Sementara itu, ketika diminta mengulas prestasi Menteri dan Timbalan Menteri daripada Pas, beliau menyifatkan rata-ratanya telah menjalankan tugas dengan baik serta dihormati semua pihak sepanjang tempoh enam bulan berkhidmat.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berhubung kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin wajib. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.