Krisis politik akan terus berlaku selagi tidak memiliki majoriti selesa - Utusan Malaysia

Krisis politik akan terus berlaku selagi tidak memiliki majoriti selesa

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Krisis politik membabitkan sokongan pemimpin tertentu seperti hari ini akan terus berlaku selagi kerajaan Pusat masih tidak memiliki majoriti selesa dalam Dewan Rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keadaan itu bakal mengakibatkan ketidaktentuan politik dan ia akan berterusan hingga mencetuskan krisis kepercayaan.

“Jalan keluar daripada masalah ini ialah membubarkan Parlimen dan segerakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15. 

“Ini membolehkan semua pihak membuktikan keupayaan mereka mempunyai mandat dan majoriti baharu yang lebih baik, sekali gus menghentikan ketidaktentuan seperti yang berlaku sekarang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai ura-ura bahawa akan ada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) berpaling tadah daripada Perikatan Nasional (PN) dan menyokong Pakatan Harapan (PH).

Semalam, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tumbang selepas mendakwa pihaknya memperoleh majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan.

Jelas Anwar, kerajaan baharu itu adalah gabungan ahli Parlimen daripada pelbagai parti, namun tidak menyebut berapakah jumlah majoriti yang diperolehnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya