Tiga laporan polis berkaitan PRK Slim - Utusan Malaysia

Tiga laporan polis berkaitan PRK Slim

SULIZMIE Affendy Sulaiman pada sidang akhbar di (IPD) Muallim di Slim River hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Tiga laporan polis diterima Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim sepanjang tempoh 10 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, laporan pertama disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (KK) iaitu perbuatan khianat kepada harta benda.

Menurutnya, laporan itu diterima pada 20 Ogos lalu berkaitan satu papan kempen calon parti bertanding yang disembur cat di kawasan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Changkat Sulaiman, Sungkai.

Beliau berkata, dua lagi laporan polis dirujuk kepada tiga agensi berkaitan iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan susulan.

“Laporan kedua diterima pada 22 Ogos berkaitan satu muat naik ciapan dalam media sosial berkaitan dengan perkara yang tidak benar. Kes selesai selepas pengadu berpuas hati atas permohonan maaf pemilik akaun media sosial terbabit.

“Pihak polis bagaimanapun akan merujuk laporan ini kepada SKMM dan pengadu juga boleh memfailkan kes mahkamah untuk tindakan sivil.

“Laporan ketiga diterima pada 23 Ogos berkaitan satu karnival yang berlangsung di DUN Slim dan pihak kes dirujuk kepada SPR dan SPRM,” katanya dalam sidang akhbar di (IPD) Muallim di sini hari ini.

Mengenai kempen PRK, Sulizmie Affendy berkata, secara keseluruhan kempen yang bermula pada 15 Ogos lalu dalam keadaan terkawal.

“Sebanyak 101 permohonan permit diterima sehingga semalam melibatkan 72 permohonan daripada Barisan Nasional (BN) dan 29 permohonan Bebas dan hanya satu sahaja permohonan tidak diluluskan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya