ALOR SETAR: Wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat penipuan pelaburan emas berjumlah keseluruhan RM48.5 juta dua tahun lalu, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini membabitkan kerugian mangsa sebanyak RM173,500. Siti Hajartul Haini Abd. Hamid, 39, mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad. Mengikut pertuduhan, ibu kepada empat anak yang sebelum ini pernah didakwa di Kuala Lumpur dan Putrajaya, kali ini…










