PASIR MAS: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan bersubahat dengan bekas pemain bola sepak Kelantan melarikan dan mengurung seorang pemilik kedai emas di Kampung Palekbang, Tumpat dekat sini pada tahun lalu. Tertuduh, Mohd. Hairie Ab. Rahman, 42, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat dengan Cik Hisammudin Hassan, 51, untuk melarikan Marzuki Mustapha, 45,…









