KULIM: Seorang pemandu jengkaut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan kesalahan berkaitan senjata api, Jumaat lalu. Tertuduh, Mohamad Rashidi Senapi, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Jamaliah Abd. Manap. Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 32 tahun dengan cara menembak lengan dan dada mangsa menggunakan sepucuk pistol…








