Dua lelaki direman kes khemah jualan mercun terbakar 

Dua lelaki direman kes khemah jualan mercun terbakar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua lelaki tempatan direman empat hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret di sini bagi membantu siasatan kebakaran sebuah khemah jualan mercun dan bunga api di Jalan Bunga Ros, Kampung Dato’ Sulaiman Menteri, di sini Isnin lalu.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 30 dan 35 tahun itu dikeluarkan Majistret Chai Ing Hien bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat dilaporkan berkata, suspek pertama ditahan di Kulai kelmarin, manakala suspek kedua pula ditahan di Kampung Melayu Majidee, semalam.

Beliau dilaporkan berkata, kejadian yang berlaku Isnin lalu itu menyebabkan kerugian berjumlah RM50,000 apabila kebakaran memusnahkan khemah jualan mercun, sebuah kereta Proton Gen-2 dan sebuah ‘food truck’ yang diletak berhampiran.

Susulan kejadian tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor dilaporkan berkata, pihaknya akan memperketat garis panduan penjualan dan penyimpanan mercun serta bunga api sempena musim perayaan di negeri ini bermula tahun depan.

Beliau dilaporkan berkata, usaha itu termasuklah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) melibatkan lokasi jualan, aspek keselamatan serta jenis mercun yang dijual. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN