ALOR SETAR: Seorang lelaki dan bapa mentuanya dihukum penjara berjumlah keseluruhan 113 bulan setelah mengaku bersalah terhadap pelbagai kesalahan jenayah termasuk merompak, pecah rumah dan menyimpan harta curi, sejak November tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Firdaus Muhammad Nazir, 24, dan Rasulden Jamal Mohamed, 47, membuat pengakuan bersalah terhadap enam pertuduhan termasuk tiga kesalahan secara bersama di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret, di sini. Bagaimanapun, tempoh keseluruhan Muhammad Firdaus dipenjara adalah tiga…










