Isteri ketiga bekas PTD jalani prosedur buang bisul masa terdekat

Isteri ketiga bekas PTD jalani prosedur buang bisul masa terdekat

SALWANI Anuar@Kamaruddin berkerusi roda di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Isteri ketiga bekas Panglima Tentera Darat (PTD) yang mengalami kesakitan akibat bisul kronik di paha akan menjalani prosedur pembedahan membuang bisul di Kuala Lumpur, dalam masa terdekat.

Peguamnya, Fahmi Abd. Moin berkata, Salwani Anuar@Kamaruddin dijangka menjalani prosedur tersebut sama ada esok atau Rabu ini.

“Ya, seperti sedia maklum beliau sedang mengalami masalah bisul dan akan pulang ke Kuala Lumpur untuk menjalani prosedur membuang bisul tersebut,” katanya kepada pemberita di sini.

Salwani dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5,000 yang dimasukkan ke dalam akaun miliknya.

Terdahulu, dia  tiba di mahkamah pada pukul 8.25 pagi dengan kenderaan sendiri sebelum dipimpin memasuki perkarangan mahkamah serta seterusnya menaiki kerusi roda menuju ke Mahkamah Sesyen.

Semasa prosiding berlangsung, tertuduh bangun sendiri menuju ke kamar tertuduh sebelum duduk di kerusi untuk mendengar pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN