SHAH ALAM: Peguam Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) perlu meneliti dokumen setebal setebal 10,000 muka surat yang dikemukakan pendakwaan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini. Dokumen tersebut melibatkan penyata-penyata bank dan maklumat-maklumat berkaitan syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berhubung pertuduhan dihadapi bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mohd. Nasiruddin Mohd. Ali. Tiga tertuduh lain adalah bekas akauntan, Hamimah Yakub, 74, serta Asmat @ Asmanira Muhamad…










