GEORGE TOWN: Tiga lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah seberat lebih 26 kilogram (kg) pada 20 Disember lalu. Ketiga-tiga tertuduh iaitu Xie Zhouji, 38; Zhang Mea, 32; dan Chen Cheng, 36, mengangguk tanda faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi dalam bahasa Mandarin. Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan. Mereka didakwa telah mengedar dadah berbahaya iaitu…










