KANGAR: Seorang Pengerusi Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK) di negeri ini bersama rakan mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyalahgunakan jawatan bagi memperdaya seorang wanita untuk memberikan wang sumbangan berjumlah RM800. Tertuduh, Azizi Ahamad, 50, dan Syaharizul Sahar, 46, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menipu seorang wanita bagi mempercayai bahawa sumbangan berjumlah RM300 telah diberikan kepada penduduk Kampung Bakau,…









