ALOR SETAR: Aktivis masyarakat, Zamil Ibrahim bersama dua rakannya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap dua pertuduhan rasuah pada November tahun lalu. Zamil, 58, yang juga bekas Presiden Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), bersama Jamal Muhaideen Mohmad Hussin, 41, dan Muhammad Redza Adzmi, 34, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini. Bagi pertuduhan pertama, mereka secara bersama…










