KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 79 pertuduhan menerima rasuah melibatkan keseluruhan RM488,050 sebagai ‘upah’ membantu memproses pinjaman peribadi pelanggan yang melebihi had kelayakan. Syed Mohd. Muhaimin Syed Mohd Mashrof, 42, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman. Mengikut pertuduhan, Syed Mohd. Muhaimin yang bertugas sebagai Ketua Unit Pembiayaan di sebuah cawangan bank di Kepong,…










