SHAH ALAM: Perbicaraan kes saman Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi, di sini bersambung Khamis ini susulan bekas Perdana Menteri Ketujuh itu mengalami masalah kesihatan. Tarikh tersebut dibenarkan Hakim Datuk Donald Joseph Franklin selepas permohonan dibuat oleh peguam Mohd. Rafique Rashid Ali yang mewakili Dr. Mahathir pada perbicaraan hari ini. Beliau berkata, anak guamnya itu tidak sihat dan mengambil ubat sebelum hadir…