PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ismanira Abdul Manaf selepas didapati bersalah mengabaikan anaknya, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, dua tahun lalu.
Hukuman itu dibacakan oleh Hakim Dr. Syahliza Warnoh selepas mengambil kira rayuan dan hujahan oleh kedua-dua pihak.
Ismanira turut diperintah dua tahun bon berkelakuan baik dan perintah khidmat masyarakat selama 120 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas selesai tempoh pemenjaraan.
Mengikut pertuduhan pindaan, Ismanira yang mempunyai pemeliharaan terhadap Zayn Rayyan didakwa mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkan kecederaan fizikal.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga ke kawasan sungai berdekatan Apartmen Idaman antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember 2023 dan pukul 9.55 malam pada 6 Disember 2023.
Berita lanjut menyusul. – UTUSAN

 
								 
											









