PUTRAJAYA: Rayuan Kerajaan Malaysia dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda berhubung perintah Mahkamah Tinggi yang memerintahkan pembayaran ganti rugi RM5 juta berkait dengan kematian model warga Mongolia, Altantuya Shariibuu akan dibuat pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Hashim Hamzah yang bersidang bersama Hakim Datuk Azman Abdullah dan Hakim K. Muniandy menetapkan demikian selepas mendengar hujah daripada pihak-pihak terlibat. “Kami memerlukan masa…