KLANG: Seorang pemuda dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh dan membakar kekasihnya yang hamil di Sabak Bernam, dua tahun lalu. Hakim Norliza Othman memutuskan demikian selepas tertuduh, Muhammad Fakrul Aiman Sajali, 22, membuat pengakuan tanpa syarat selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Bekas penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) itu turut mengakui semua fakta kes serta 112 eksibit dikemukakan pihak pendakwaan. Norliza…