KOTA KINABALU: Pada malam 16 Julai lalu, selepas solat Isyak, saksi kanak-kanak ke-22 menyatakan terdapat beberapa guru sekolah yang memberitahu pelajar perempuan lain di surau bahawa Zara Qairina Mahathir bukan dibuli, tetapi bunuh diri. Saksi itu tetap dengan jawapan bahawa dia mendengar guru sekolah terbabit mendakwa Zara Qairina membunuh diri, walaupun disoal beberapa kali oleh peguam. Saksi turut memberitahu, Zara Qairina tidak disukai oleh segelintir pelajar kerana sering menulis nama…










