KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan terhadap pengarah PetroSaudi International Ltd (PSI), Tarek Obaid daripada menjalankan sebarang urusniaga atau mengakses 2.5 juta saham syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat, Palantir Technologies. Saham tersebut dikatakan dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada peringkat yang dikenali sebagai `Fasa Good Star’. Menurut keterangan saksi dalam perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB, bekas Pengarah Bukan Eksekutif…