MELAKA: Seorang bekas pembantu operasi didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas kesalahan menerima rasuah berjumlah RM5,000 sebagai upah perakuan siap kerja pembaikan di institusi pengajian tinggi berkenaan yang bernilai RM484,580, tiga tahun lalu. Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh, Mohd. Rizuan Muhamad, 42, sejurus pertuduhan pilihan kedua dan ketiga dibacakan. Berdasarkan kedua-dua kertas pertuduhan, tertuduh sebagai seorang penjawat awam iaitu…








